1.
Sunday, April 3, 2011
Hari UlangtahunTentera Darat Malaysia yg ke-78
Pada 4, 5 dan 6 Februari lalu, Tentera Darat Malaysia telah mengadakan hari terbuka serta pameran secara besar-besaran di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dilangsungkan sepanjang 3 hari ini dan diantaranya adalah pertunjukan kereta kebal, pertunjukan payung terjun, pelbagai demonstrasi dan bermacam-macam lagi. Ini adalah diantara yang dapat saya rakamkan semasa berada di situ.
Sunday, February 27, 2011
Pusat Akuatik Darul Ehsan
Pusat Akuatik Darul Ehsan yang terletak di Sekyen 13 Shah Alam adalah merupakan salah satu pusat renang yang dibuka untuk orang awam selain daripada mempunyai kolam renang tertutup yang bersaiz Olimpik untuk kegunaan renang antarabangsa. Terdapat pelbagai kemudahan yang boleh didapati disini iaitu termasuklah kedai cenderamata yang menjual alat-alat dan pakaian renang, kaunter tiket, kedai yang menjual makanan dan minuman, tempat meletakkan kenderaan serta kaunter untuk sesiapa yang ingin mendaftar untuk memasuki kelas renang yang ada disediakan disini. Bayaran masuk adalah serendah RM 2 seorang pada hari Selasa hingga Jumaat dan RM 2.50 pada hari Sabtu. Pusat Akuatik untuk orang awam ini dibuka setiap hari Selasa hingga Sabtu seawal jam 9.30 pagi hingga 8.15 malam.
4. Kegembiaraan jelas terpancar di wajah si kecil =)
5. Dapat mengeratkan pertalian silaturrahim
6. Si abang sedang membantu adiknya mencuci rambut
5. Dapat mengeratkan pertalian silaturrahim
Monday, February 21, 2011
Tidak adakah yang peduli?
Setiap manusia mempunyai cara hidup dan taraf hidup yang berbeza. Bagi yang mampu, pekerjaan adalah perkara wajib yang harus dicari bagi mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan hidup. Tetapi bagi yang tidak mampu, seperti warga tua yang kurang upaya dan ibu tunggal yang ditinggalkan bersama anak yang masih kecil, bagaimanakah mereka bertahan untuk terus hidup?Di kota yang serba maju kini, masih ada lagi golongan yang terpaksa mengemis untuk menyara kehidupan. Tidak adakah yang peduli?
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2011
Sambutan Maulidur Rasul SAW, Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M pada tahun ini telah diadakan di Putrajaya pada 15 Februari 2011 . Perarakan dimulakan seawal jam 7.30 pagi daripada Dataran Putra Putrajaya ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sunday, February 20, 2011
Le Tour De Langkawi 2011
Le Tour De Langkawi 2011 adalah merupakan satu acara berbasikal yang telahpun berlansung daripada 23 Januari sehingga 1 Februari 2011. Ianya telah berakhir di Dataran Merdeka pada stage yang terakhir iaitu stage yang ke 10.

1. Krew sedang memasang pagar sebelum ketibaan para pelumba basikal di Dataran Merdeka.
2. Jurukamera Le Tour De Langkawi 2011
3. Ambulans juga turut mengiringi sepanjang perlumbaan.
4. Para bomba sedang menyediakan paip untuk disembur kepada para pelumba di pusingan yang terakhir.

1. Krew sedang memasang pagar sebelum ketibaan para pelumba basikal di Dataran Merdeka.
Subscribe to:
Posts (Atom)