Sunday, February 27, 2011

Pusat Akuatik Darul Ehsan

Pusat Akuatik Darul Ehsan yang terletak di Sekyen 13 Shah Alam adalah merupakan salah satu pusat renang yang dibuka untuk orang awam selain daripada mempunyai kolam renang tertutup yang bersaiz Olimpik untuk kegunaan renang antarabangsa. Terdapat pelbagai kemudahan yang boleh didapati disini iaitu termasuklah kedai cenderamata yang menjual alat-alat dan pakaian renang, kaunter tiket, kedai yang menjual makanan dan minuman, tempat meletakkan kenderaan serta kaunter untuk sesiapa yang ingin mendaftar untuk memasuki kelas renang yang ada disediakan disini. Bayaran masuk adalah serendah RM 2 seorang pada hari Selasa hingga Jumaat dan RM 2.50 pada hari Sabtu. Pusat Akuatik untuk orang awam ini dibuka setiap hari Selasa hingga Sabtu seawal jam 9.30 pagi hingga 8.15 malam.



1. Pusat Akuatik Darul Ehsan



2. Menjadi tempat pilihan bagi keluarga yang gemar beriadah.



3. Sebahagian kanak-kanak membasahkan badan dengan air paip sebelum masuk kedalam kolam renang.




4. Kegembiaraan jelas terpancar di wajah si kecil =)



5. Dapat mengeratkan pertalian silaturrahim



6. Si abang sedang membantu adiknya mencuci rambut




7. Kolam dibuka untuk orang awam tidak kira bangsa, jantina dan umur.






8. Antara gelagat kanak-kanak yang ada di sana

2 comments: