Penganut Hindu sedang menaiki tangga kuil di Batu Caves
Thaipusam adalah satu perayaan dan upacara keagamaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu yang terdapat di seluruh dunia bagi menghormati Dewa Hindu iaitu Dewa Murugan atau yang juga dikenali sebagai Dewa Subramaniyam. Biasanya ia akan diraikan secara besar-besaran di Malaysia. Antara kuil yang menjadi tempat tumpuan utama bagi penganut-penganut yang menyambut perayaan ini adalah di Kuil Sri Subramaniyar yang terdapat di Batu Caves, Selangor.
Hari Thaipusam adalah hari untuk menunaikan nazar dan menebus dosa ataupun untuk memohon ampun diatas dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelum ini. Nazar bermaksud memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan itu dikabulkan, maka satu upacara tertentu akan diadakan oleh mereka sebagai tanda kesyukuran. Tetapi tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar.
Pada hari itu juga, mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana bagi mereka susu itu dianggap paling suci. Susu itu akan diisikan kedalam belanga tembikar dan kini kebanyakkannya akan mengisikan susu ke dalam belanga aluminium. Belanga yang telah diisi susu ini akan dihiaskan dengan pelbagai corak, warna,daun dan benang sebelum ianya dijunjung diatas kepala dari luar kuil sehinggalah ke dalam kuil. Seperti nazar tadi, tidaklah semua penganut akan membawa belanga ini.
Antara belanga aluminium yang telah diisi susu dan dihias.
Terdapat ramai juga lelaki dan wanita, tidak kira tua atau muda, mahupun kanak-kanak mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala mereka dengan warna jingga. Ia juga adalah salah satu bentuk untuk melepaskan dan membayar nazar. Terdapat banyak perkhidmatan mencukur rambut di luar kuil dengan bayaran yang tertentu.
Lelaki dan perempuan mencukur rambut untuk membayar nazar.
Ada diantara mereka yang ingin memohon ampun dan berharap agar dosanya akan diampunkan, mereka akan membawa atau menjunjung "kavadi" diatas bahu ataupun diatas kepala. Dipercayai "kavadi" ini diperbuat daripada beberapa rod besi dan kayu yang diatasnya terletak patung Dewa Murugan dengan pelbagai bentuk dan saiz. Antara hiasan utama "kavadi" adalah bulu burung merak dan bunga-bungaan.
Pembawa "kavadi" ini terdiri daripada kaum lelaki, wanita dan juga kanak-kanak. Berat dan saiz "kavadi" ini bergantung kepada tahap kemampuan seseorang itu. Mereka yang membawa "kavadi" ini biasanya akan diiringi oleh pembantu atau keluarga masing-masing. Ada juga yang diiringi oleh sekumpulan pemuzik, mangkuk kemenyan berasap dan lain-lain.
Pelbagai cara menyeksa diri yang boleh dilihat disini bagi menunjukkan mereka memohon ampun kepada Dewa mereka. Antaranya ialah berjalan diatas "kasut berpaku". Mereka akan berjalan dengan perlahan-lahan mendaki tangga kuil sehinggalah sampai ke sisi patung Dewa Murugan didalam Gua Batu Caves. Ada juga diantara mereka yang berjalan diatas pedang. Bukan itu sahaja, terdapat juga penganut yang mencucuk panah besi pada lidah atau dari pipi kiri ke pipi kanan dengan menggunakan panah besi yang panjang ataupun pendek.
Dan terdapat juga mereka yang mencucuk badan mereka dengan puluhan mata pancing yang tajam. Ada mata pancing yang diikatkan dengan buah limau nipis yang teramatlah pedih rasanya dan ada yang menggantungkan dengan pelbagai jenis buah-buahan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga yang menggantungkan berpuluh-puluh belanga aluminium yang bersaiz kecik dan dibalutkan dengan pelbagai warna kain seperti merah, hitam dan kuning. Terdapat juga mata pancing yang bertali dan dicucukkan ke badan seseorang itu dan talinya akan dipegang oleh pembantunya. Locen-loceng juga turut digantungkan ke badan dengan menggunakan mata pancing. Boleh dikatakan separuh daripada mereka adalah didalam keadaan separuh sedar setelah menggunakan bahan-bahan yang tertentu.
Biasanya perayaan Thaipusam ini lebih meriah sambutannya di Malaysia jikalau nak dibandingkan dengan negara lain seperti di India. Ini adalah kerana di India, Pesta Ponggal akan disambut dengan lebih meriah daripada perayaan Thaipusam. Thaipusam bukanlah sekadar perayaan biasa, ianya juga adalah merupakan hari untuk menunaikan nazar, menebus dosa dan sekaligus untuk menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai tempat dengan bertumpu ke beberapa kuil yang terbesar seperti Kuil Sri Subramaniyar di Batu Caves untuk meraikan perayaan ini.
Sekian.

2 .
3 .
4 .
5 .

6 .
7 .
8 .

9 .
10 .
11 .

12 .
13 .
Dan terdapat juga mereka yang mencucuk badan mereka dengan puluhan mata pancing yang tajam. Ada mata pancing yang diikatkan dengan buah limau nipis yang teramatlah pedih rasanya dan ada yang menggantungkan dengan pelbagai jenis buah-buahan.
14 .
15 .
Bukan itu sahaja, terdapat juga yang menggantungkan berpuluh-puluh belanga aluminium yang bersaiz kecik dan dibalutkan dengan pelbagai warna kain seperti merah, hitam dan kuning. Terdapat juga mata pancing yang bertali dan dicucukkan ke badan seseorang itu dan talinya akan dipegang oleh pembantunya. Locen-loceng juga turut digantungkan ke badan dengan menggunakan mata pancing. Boleh dikatakan separuh daripada mereka adalah didalam keadaan separuh sedar setelah menggunakan bahan-bahan yang tertentu.
16 .
17 .
18 .
19 .
20 .